Jom baca ��

Sunday 24 May 2020

Kisah PKP Kita..

Assalamualaikum..

Hi semua.. bonda harap semua sihat... Waktu2 macam Ni.. jaga kesihatan ya semua.

Bonda takde la nak menulis cerita apa sangat.. cuma sekadar Ada memori coretan pada tahun 2020 Ni Kan.. ha.. gitew.. chewahh..

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada 18/3/2020 - 3 mei 2020. Kenapa Ada PKP??.. Kita sedia maklum.. tentang Corona virus yang melanda dunia sekarang. Senang lebih dikenali sebagai covid-19. Virus Ni sangat cepat merebak Dan meragut nyawa.  Untuk mengekang penularan wabak virus covid-19 ni.. kerajaan telah membuat PKP dimana waktu ni.. semua penduduk mestilah duduk di rumah Dan mengurangkan Pergerakan diluar rumah. Tidak boleh keluar bekerja.. anak2 bonda pun tidak kesekolah. Kedai2 banyak tutup.. Tiada sebarang aktiviti pun boleh dilakukan diluar rumah. Kecuali pekerja2 yang bekerja sebagai frontliner. Bonda ingat lagi sehari sebelum PKP.. nak pergi la beli barang dapur...mak aiiii punya ramai org Masa tu.. dengan barang pun semua habis😫😫.. rupanya semua org kalut dah beli barang dapur...macam esok tu dah start perang. Panic buying macam Ni.. bonda rasa org tamak je yg buat.. beli brg banyak2.. kesian Kat org belakang tengok rak semua dah kosong. Waktu PKP sesiapa pun tidak dibenarkan keluar kecuali ketua rumah sahaja. Tapi Kan...tapi..tapi.. Ada jugak yang ingkar.. sanggup Kena saman.. Ada juga yang bangga buat makan2 pastu upload Kat media social.. senang hati Kau dik.. orang penat2 duduk Kat rumah.. ko nyaman je kumpul2 macam kenduri. Bila dah viral.. Kena saman.. terima je la .. ko yg mintak 😛..

Bila kes covid-19 dah berkurangan.. Kita sambung dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) start 4 mei - 9 Jun 2020. Bonda tulis Ni .. PKPB masih belum tamat. Tak Tau la 9 Jun nanti akan sambung PKPB lagi atau x.. bezanya waktu Ni.. Pergerakan sudah dilonggar Kan.. orang dah boleh start bekerja.. dah boleh la nak keluar rumah lebih Dari sorang. kedai makan dah boleh buka.. dah boleh la nak makan kat kedai.. tapi dengan bilangan yg kecil. Gathering2 Tak boleh Tau. Budak2 sekolah pun masih Tak boleh ke sekolah. Rentas antara negeri masih tidak dibenarkan. So Hari Raya tahun Ni Kita sambut dengan sederhana Dan duduk dirumah. Ni pun sama...Ada Je yang cuba2 nak balik Raya Kat kampung. Alahai.. macam dia sorg je Kan yg Ada kampung.

Bonda pun teringin nak bawak family pusing2.. travel2 melihat Alam.. tapi jangan Kan Naik flight.. Naik kereta 1 family pun takut.

Kat sini bonda nak wish "selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri".. kalau tersilap tulis Kat entry .. maaf2 la ye..
Cuma bonda nak pesan..
😘Jaga kesihatan
😘pakai penutup mulut kalau keluar rumah
😘Jangan keluar jika tiada urusan.
😘Selalu basuh tangan
😘Jangan ingkar arahan
😘 Jangan Lupa pakai handsanitizer
😘Jaga jarak - 1 meter

Semoga wabak covid-19 Ni akan segera berakhir Dan Kita kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.. semoga semua yang baca entry bonda Ni akan terhindar Dari penyakit Dan virus Ni..Amin..


No comments:

Post a Comment