Jom baca ��

Friday 28 June 2019

Bercuti ke guangzhou 2019 - day 3 - one link plaza, zhong da market

ADA SESIAPA MENCARI HOMESTAY DI SEKITAR TANJUNG MALIM??? 
BOLEH KLIK HOMESTAY BONDA TG MALIM.. ATAU CALL 017-5445345


hai korang!!


Nak tau hari ketiga bonda ke mana?

1. Zhong da Market


  • beijing lu station (Line 6) >>> Haizhu square station (transit ke Line 2) >>> changgang (transit ke Line 8) >>>  Sun Yat Sen University.


Dari beijing Lu station (line 6).. Bonda turun kat Haizhu square statation. Tukar ke line 2. Kemudian bonda turun dekat  station changgang. Tukar Ke Line 8. last bonda turun dekat Sun Yat Sen University.
Konon la kan.. nak duduk kejap je kat sini.. tapi bila dah asyik nengok2 barang kat situ.. sangkut jugak la ber jam-jam..

jom layan gambar kat sini sikit..
Macan mana tak sangkut berjam2.. Hahaha


Ada macam2 langsir kat sini.. Cantik2 gila.. Juling sekejap biji mata. 


Bonda tengok kat sini banyak orang jual kain pasang (kayu).. makk aiii macam kilang besar. Kalau nk order.. 2 hari boleh siap langsir tu katanya. Tapi bonda x order sebab dah nk balik.. Coming soon la eh 😁😁. Selain tu ada gak kedai2 kecik jual macam accossories jahitan. langsir cantik2 kat sini. siap sulam2. 

Macam biasa.. bonda pusing2 area sini. kebetulan waktu bonda datang ni.. cuaca memang tak panas.. mendung macam nak hujan. so merayau tu senang sikit. 
kat kawasan ni ramai orang pakai basikal elektrik. Diorang bawak laju nya kaw.. dah  biasa maybe. tapi kita yang tak biasa nengok ni pulak yang seram.. kadang2 tu bertembung kat simpang 3.. bayangkan macam budak2 keluar dari pagar sekolah tu berpusu2 naik basikal.. berlawanan arah pulak tu.. kalau ada yang jatuh situ.. mau lunyai.hahahha..


2. One Link Plaza.

Sekarang bonda menuju ke One Link Plaza. Glamour jugak kat blogger malaysia tempat ni. Tiap kali bukak blogger lain yang ke guanghzou.. mesti datang sini. nak tengok gak la apa yang ada kan..hehehe.


Sun-Yat Sen University station >> Changgang Station (Transit Line 2) >> Haizhu Square Station

Bonda patah balik dan stop kat  Haizhu square station. Kalau dari beijing Lu station Line 6 dah boleh terus turun kat Haizhu Square station. 

Ambil Exit B1.

Tapi kalau korang nak turun kat yide lu station pun boleh je.. tak jauh mana pun. Keluar dari Yide Lu station, amik kiri.. terus je sampai jumpa one link plaza.

Wahh.. banyak nya kedai kat sini. Banyak jual cenderahati jugak. Bonda terfikir nak cari fridge magnet. nak bagi kawan2 kat opis je kaw.. ada bonda baca kat bolgger lain kata satu kedai ni murah.. so pulun la pergi.. sebab kalau dah pusing..lama2 jadi lupa. so bonda fikir nak beli awal2. kebetulan budak2 tak meragam. almaklum la sini kan banyak mainan. dah diorang sambar seketul dua.. memang main je atas stroller tu.



kalau beli banyak.. die bagi harga RMB 5.. siap boleh cakap 1pcs - LIMA.. eh..eh pandai pulak amoiii ni cakap melayu. agaknya dah ramai orang malaysia yang kesini kot. sbb blogger pun banyak share pasal kedai ni kan.

dah siap beli fridge magnet.. bonda pun pusing2 dalam ni.. toilet pun bersih. cuma cm biasa la takde paip air.. hahaha.. tapi bonda ke mana2 mmg bawak botol mineral yang kosong siap2.. kalau ada isi air berat la kan. so bila nak masuk toilet baru isi air. 
Toilet dekat tingkat 1.. naik je escalator terus belok kiri. senang kan 😎..

Dalam bonda dok pusing2 tu.. bonda jumpa 1 kedai ni.. kat tingkat 3. dia pun jual fridge magnet. bonda dah beli awal2 kat tingkat 1 kan.. tapi saja la tanya.. sekali harga nya.. RMB 4. tu belum borong.. baru beli 1 pcs.. pastu design nya lagi cantik2 kaw... huwaaaaaaaaaaa... meratap kejap bonda kat situ. frust u olls.. bonda tak tanya la kalau beli borong dapat berapa. takut kang meraung pulak bonda kat situ. 

Bagi bonda la..kat sini harga biashe2 je. Takde la mur mur sgt. Orang kata suam2 kuku. Kalau setakat beli 1-2pcs.. Harga sama je kat malaysia. Silap haribulan mahai lagi 🤭.. Cuma bezanya blh nak tawar menawar kat shopping mall. Kot korang beli borong tu ada harapan la murah.

One link plaza

Baru nak gerak ke soliman restaurant.. 

Hari pun dah nak gelap. ingat kami nak pergi tapau makan dan balik hotel je untuk solat. dalam dok cari2 tu.. kami terserempak dengan pasangan suami isteri dari malaysia ni. sebenarnya sepanjang dalam one link plaza tadi mmg ramai yang kami jumpa. dari johor, rawang, perak, penang, negeri sembilan. maybe tempat ni selamat.. so tak takut nak kesini. 


pasangan suami isteri ni nak ke shenzen... diorang suggest bonda makan dekat Soliman Restaurant. Sebab apa? Sebab dia kata sana boleh terus solat dan kalau nak naik pearls river cruise depan tu je. Sebenarnya bonda memang fikir jugak nak naik pearl river cruise ni. ikut itinari yang bonda buat.. sepatutnya bonda ke sana DAY 2. cuma tak sempat nak kesana.

Kami tak naik train pun ke sana.. jalan kaki je.. jauh la jugak. tapi bila lagi kan.. sakit kaki pun kita seret.. hahahha 🤣🤣.
dari one link plaza.. bonda ikut je arah ke yide lu station. kalau korang keluar je dari bangunan one link plaza tu.. korang ikut je kiri.. jangan patah balik ke haizhu square station pulak. 

Kalau ada yang nak adventure jalan kaki macam bonda ni.. Boleh ikut step dibawah :-



Mula-mula jumpa bangunan ni.. (sebelah one link plaza)




Kat bangunan tu..nanti korang akan jumpa kedai jual2 kacang, kurma dan barang2 kering. apa lagi singgah pulak kejap.. hehehe.. beli kudap2 katanya.


Akan jumpa ni.. Kat deretan kedai ni.. Ada juga halal food. 

Selepas melepasi metro yide lu station.. Korang jalan terus lagi.. Sampai jumpa bangunan ni.. Ala2 maroon mcm tu.

Kalau dah jumpa bangunan macam maroon tu.. Cuba toleh kiri. Nampak bangunan ni. Masuk ikut simpang tu. ala.. yang kereta hitam nak masuk tu.. ha masuk situ.


Jalan terus sampai jumpa kedai buah ini.. 

Berhadapan kedai buah tu ada seven E.. 

Terus ikut lorong tu.. Lorong nya macam kecik sikit tau.

Soliman restaurant dekat deretan kedai ni.. Korang usha la hujung2 sana tu.. Ada beberapa lagi restoran halal kat deretan ni..

jauh jugak jalan.. Senang cerita, dari one link plaza.. Korang terus je sampai jumpa bangunan maroon tu.  tapi sebab malam.. so kedai dah banyak yang tutup sepanjang nak ke soliman restaurant..frust kejap.. tu la sapa suruh duduk kat one link plaza berjam jam kan.. 



3. Halal Food - SOLIMAN RESTAURANT

Sedap gila makan kat sini. Diorg guna beras jati. Sebelum ni jumpa nasi ala-ala macam melekit sikit. kat sini memang selera sungguh. Orang kata selera tekak bonda la..







Ikan bakar yang bonda rasa mmg sedap. Sampai siap tapau nak ceritanya.

Yang puas hati nya kat sini.. Friendly muslim. 😁😁.. Toilet ada paip air.. Siap sediakan tempat solat..

Biar gambar berbicara

Siap sediakan charger hp

Ruangan solat dan toilet di tingkat atas


Kalau tak nak explore race macam bonda.. Untuk ke soliman boleh la turun dekat Metro terhampir.

Metro : cultural park station


4. Pearl river cruise

Last tempat bonda pergi hari ni.. naik kapal.. Hehehe... Best..Cantik betul pemandangan dengan lampu2 sepanjang perjalanan. Meriah kaw.. Ikutkan dah cancel naik kapal2 nih.. tapi sebab perut pun dah kenyang, sembayang pun sudah..  hmmm merayau lagi.. hahhahah.

Ada banyak feri yang digunakan. Harga tiket pun lain2..  Yang best naik feri 3 tingkat.. Tiket dalam rmb90.. 

Boat ni semua ada schedule. Kami sampai ni dah agak lewat jugak. Kalau nak naik feri 3 tingkat tu.. Kena tunggu last trip. Lewat jugak.. Dalam pukul 10.30pm. Bila fikir2.. So kami naik je feri yang ada.. Kami ambik feri 2 tingkat. Harga rmb 50 seorang.


terkejut kaw.. tibe ada cina ni tergur kitorang dalam bahasa melayu.. ohhhh ok dari penang.. hehhe


Siap bagi air mineral dan biskut. Tapi tak makan sebab was2 kehalalan toyyiban nya.. 😂



Sibuk tangkap gambar..


Layan view..mmg cantik

menara conton


Keluar dari feri.. Tdo dah hero bonda. si puteri kakak dah meragam ha.. ngantuk + penat. duduk je pun penat tau.. penat tak dapat melompat.. hihihih


ok.. jumpa next entry ...

Thursday 27 June 2019

Bercuti ke guangzhou 2019 - Day 2 - masjid saad bin abi waqqas, zhang xi lu

ADA SESIAPA MENCARI HOMESTAY DI SEKITAR TANJUNG MALIM??? 
BOLEH KLIK HOMESTAY BONDA TG MALIM.. ATAU CALL 017-5445345


Bercuti ke guangzhou 2019 -  Day 2 - masjid saad bin abi waqqas, zhang xi lu


Pagi2 bonda dah kejutkan semua bangun. Semangat tau bonda nak mulakan itinari today 😛😛.. Lagi pulak hakka apartment ni cuma ada 1 bilik air.. So mmg kena bangun awal.. Subuh kat sini sebelum pukul 6..

Kitorang sarapan kat mana? .. Hehe.. sarapan kat bilik je. Bonda dah bawak awal2 milo packet dan roti. Kenyang perut suka hati .. Lagi pulak semalam bonda ada tapau nasi goreng. Balik je terus simpan dalam peti ais. Pagi ni panaskan je. Ngeee.. Senang.. Sebab oven pun ada untuk panaskan makanan.
Pukul 9 Kami dah gerak untuk ke masjid saad bin abi waqqas.

Metro :-
Beijing Lu Station >> Haizhu Square station (transit) >> Yuexiu park station

Sampai je yuexiu park station.. Exit B2.
Keluar je terus belok kiri. Nanti jumpa 1 bus stop. Lepas tu jumpa simpang. Ada tulis Lanpu Lu.

Ikut je jalan tu sampai hujung. Nanti jumpa pagar.. Terus je masuk.


Best.. Bawah pokok ni ada tempat duduk.



Kurma





Masa nak keluar tu.. Bonda tengok ada pak arab tengah jual manisan. Apa lagi.. Singgah kejap..


Selesai di masjid abi waqqas.. Dah tengah hari pun.. So masa untuk mencari alas perut. Dekat masjid bonda ada tanya kat sorg pakcik ni.. Halal food area sini.. Dia cakap seberang jalan. Dan terus je ikut kiri..

Means masuk balik laluan Train untuk menyeberang jalan. Tapi sebab kami ni nak jalan2.. So bonda merayau2 dulu sekitar sini..😁😁😁..




Untuk ke halal food :-


Exit pintu A

Nampak macam parking ni..

Tengok kiri untuk ke jalan utama.. Kemudian belok kiri.. Ada deretan kedai ..


Kedai macam ni..

Penat dah semua


Selesai makan.. Kami bergerak untuk ke zhangxi lu area.

Untuk ke sana terus je turun dekat guangzhou railway station.

Sampai tertido dah.. Tu sebab bonda bawak stroller. Hehhehe.. Nampak tak.. Nampak tak.. Senang kan.. 2-2 tido dalam tu.

Sampai je sana.. Hari tengah hujan lebat. Tak dapat nak ambik gambo 😭.. Tapi org ramai yakmat.. lagi2 kat atas jejantas.  Maybe sebab hari ahad.. Nasib masa bonda mula2 sampai hari tu..bonda dah sambar 2 payung besar. apa yang bonda nampak kat sini ada macam2 mall.. duduk sehari ni pun tak boleh habis.. kalau nak cari barang borong kat sini.. ok kot.. dapat harga murah. tapi kalau nak beli satu-satu.. harga lebih kurang je dekat malaysia. mahal lagi pun ada.. tapi memang rambang mata tengok barang kat sini hoiii...sampai petang dok kat sana.. tak kira dah hujan.. hahahha..


Orait.. Jumpa next entries 😘