Tuesday 31 December 2019

Trip ke Hatyai, Thailand (29 ~ 30 dec 2019) - Day 1





 Assalamualaikum..

Perjalanan blog bonda diteruskan lagi dengan trip family ke hatyai, Thailand. Macam biasa bonda maklumkan lebih awal.. Penulisan bonda adalah untuk rujukan bonda. Mana tau nak datang lagi..senang banyak refer sini 😎😎😁. Harap2 yang baca Ni pun faham ler..
Ini bukan la kira macam bercuti.. Lebih senang kita panggil last minute planning. So bila last minute tu.. Menginap 1 malam dan tak banyak tempat pun yang bonda pergi.

Trip ke hatyai, thailand adalah budget family untuk :-
πŸ’₯ 5 dewasa
πŸ’₯ 3 kanak-kanak

So budget juga untuk keselesaan orang tua dan mengikut ragam budak-budak πŸ˜‚

Bonda melepasi sempadan menaiki keretapi Kat Padang besar. Perjalanan Keretapi ke Hatyai Ada 2 Kali je sehari.
Masa perjalanan keretapi :-
😘 9.50 am (waktu Malaysia)
😘 4.40 pm (waktu Malaysia)

Harga tiket Keretapi - rm 8 (sehala).
Budak bawah 4 thn - free

Bonda sampai Masa tu dah pukul 4.00 petang. Menggelabah dah nak mencari tiket train. Ye la.. nama pun cuti sekolah. Risau la jugak Kan.. nak park kereta lagi.
Last bonda parking kereta dekat depan ktm tu .. parking tidak berbumbung & tiada guard. Risiko tanggung sendiri. Mula2 part ni risau betul..
πŸ’₯P/s : lepas sembang dengan pegawai ktm tu.. baru Tau Ada lagi 1 parking (melintas landasan keretapi). Parking tu Ada guard Dan berbayar. Dari parking tu nak datang ke stesen Keretapi Ni nanti boleh Guna jejantas. Patut la nampak ramai orang Naik jejantas 😬😬..
So kalau korang nak parking lama.. maybe boleh try situ..
πŸ’₯Lagi satu.. parking tempat yang bonda parking tu.. walaupun x de guard.. Tak pernah lagi dengar Ada masalah katanya. Kalau Ada pun bertahun dulu. Dah lama sangat dah..tenang sikit hati bonda nak tinggal kereta.

Mencari tiket train pun Satu Hal.. Naik je tangga.. terus ke kaunter ktm. Ingt tiket ke hatyai jual Kat situ.. ohh tidak rupanya tuan2 Dan puan2 😌.. tiket nya jual di tingkat bawah. Dah kelam kabut ingt keretapi nak gerak dah.. tangga turun tingkat bawah pun x nampak πŸ˜’πŸ˜’.
Turun tingkat bawah.. Jalan je terus sampai hujung. U-turn sikit.. situ Ada kaunter jual tiket ke hatyai. Train nak ke hatyai ni train Thailand. So semua fasih berbahasa Thailand.. idak la dia nak cakap melayu.

Tiket train ke hatyai - rm 8 (sehala)... Bonda dapat tiket yang Ada seat. Ikut la gerabak & seat betul2 u olls.. ketidak berpindah randah la Korang nnt bila owner seat nak duduk.


Lepas beli tiket.. g ambik form biru utk isi. Form tu boleh ambik dekat imigresen thailand (pintu sebelah kaunter tiket tu je).
Form biru macam Ni .. yang panjang diorg amik.. yang pendek diorg cop Dan stepler Kat pasport.. jangan hilangkan Tau..

Isi tu biar lengkap.. kalau Tak, lama la korang sangkut Kat Imigresen Thailand nak bagi lengkap form tu. Pastikan passport valid 6 bulan Tau. Selain passport, Ada juga yang Guna border pass. TAPI TUNGGUπŸ–πŸ– .. border pass Ni cuma boleh apply oleh mereka yang tinggal di PERLIS, KEDAH, PNG, KELANTAN, PERAK (GRIK SAHAJA). Border ni boleh juga apply Kat utc. Valid setahun kalau x silap.

Ingt Kan 4.40 pm keretapi akan begerak. Rupanya 4.40 pm baru dengar announcement suruh beratur utk cop passport πŸ™„πŸ™„.. korang p la beratur awal2.. ketidak penat weh.. Imigresen nya sebelah2 je. Lepas cop  passport (pelepasan) Kat Imigresen Malaysia.. cop passport (ketibaan) Kat Imigresen Thai pulak.. kira dah Masuk thailand la tu.. walaupun Kita masih Kat stesen keretapi tu lg. Memula bonda pun blur.. ingt Kan turun keretapi tu baru cop passport ketibaan 😌😌.. biasa Naik flight kan gtu 😝😝.. adoiii kelakar pulak rasa.. org 1st time memang macam ni..

Finally keretapi bergerak pukul 6.00 ptg (waktu Malaysia). Dia akan tunggu semua penumpang settle imigresen baru gerak..

Dalam train...train ni macam klasik sikit.. 😬😬.. open window.. bila lagi nak merasa Kan.. 

Boleh lambai2 orang Kat luar πŸ€—πŸ€—

Keretapi Ni xde aircond.. pakai kipas. Cuba tengok Kat bumbung tu.. 

Untuk makluman :-
πŸ’₯waktu tempatan Thailand - lewat 1 jam Dari Malaysia

Ni Masa sampai dekat stesen keretapi hatyai junction.. nampak Tak dah dekat nak pukul 6 pm (waktu Thailand).. hampir pukul 7.00 pm waktu Malaysia 😊

Taraaaa... Hatyai junction πŸ€—


Keluar je dari stesen keretapi tu.. mmg banyak la tuk2. Nak Tau tuk tuk tu apa? Spelling nya bonda tak tau.. asal bunyi nye sama πŸ˜‚πŸ˜‚
Ni ha.. boleh sumbat 10 orang 😁😁
Inform je diorg akan hantar ke hotel Mana Korg nak check in. Kat sini pun boleh Guna grab.
Tapi oleh kerana Tak tempah penginapan.. Hari pun dah gelap.. so bonda pilih utk Cari hotel yang dekat dengan stesen keretapi je..

Sini ada jual Sim kad Thailand


Last bonda menginap dekat Aloha Hotel. Jalan kaki je Dari stesen keretapi.  Huish nasib la Ada kosong..😏😏..  Tak g Cari tempat lain dah bonda pun..
nak tau tentang Aloha Hotel .. boleh klik aloha hotel, hatyai, thailand

Lepas rehat & solat.. Bonda terus bergerak ke klong hae floating market.
Bonda search :-
1.  Menaiki tuk2 - 400 baht (pergi balik >> Dari aloha hotel - klong hoe floating
market)
2. Menaiki grab - 150 baht (sehala)




Kawasan Ni pun menarik..  nak tengok orang dok jual makanan dalam sampan.. pastu nak bayar letak duit dalam bakul.. hahahah.. syok.. tapi korang pusing2 la.. bukan setakat jual makanan dalam sampan je.. Kat atas tu pun berlambak2. macam pesta makanan besar besaran..


 

View dari atas jambatan waktu malam.. Best tengok..






Bonda datang sini time malam...sejuk je rasa..
Bagi barang dalam bakul.. duit letak dalam tu.. πŸ˜‡

Muka boss Ada senyum..




Wah..😱😱😱 ... Betul lah kata orang.. kalau korang nak Cari tempat makan.. meh la sini. Boleh nangis 😭😭.. makan apa semua sedap. Bagi bonda yang mmg minat makanan Thai.. semua nak rasa. Manis2 pedas.. tak leh Lupa u olls.. belum abis makan.. dok berangan nak Mai lagi 😡😡..




Bonda dok sini sampai peniaga Ni dok tutup kedai 😌😌..


Otw nak balik hotel.. Pusing2 kejap.. Meriah jugak Kat sini...happening dengan lampu2 😁😁..

>> Continue Day 2



No comments:

Post a Comment