dah siap beli fridge magnet.. bonda pun pusing2 dalam ni.. toilet pun bersih. cuma cm biasa la takde paip air.. hahaha.. tapi bonda ke mana2 mmg bawak botol mineral yang kosong siap2.. kalau ada isi air berat la kan. so bila nak masuk toilet baru isi air.
Toilet dekat tingkat 1.. naik je escalator terus belok kiri. senang kan 😎..
Dalam bonda dok pusing2 tu.. bonda jumpa 1 kedai ni.. kat tingkat 3. dia pun jual fridge magnet. bonda dah beli awal2 kat tingkat 1 kan.. tapi saja la tanya.. sekali harga nya.. RMB 4. tu belum borong.. baru beli 1 pcs.. pastu design nya lagi cantik2 kaw... huwaaaaaaaaaaa... meratap kejap bonda kat situ. frust u olls.. bonda tak tanya la kalau beli borong dapat berapa. takut kang meraung pulak bonda kat situ.
Bagi bonda la..kat sini harga biashe2 je. Takde la mur mur sgt. Orang kata suam2 kuku. Kalau setakat beli 1-2pcs.. Harga sama je kat malaysia. Silap haribulan mahai lagi 🤭.. Cuma bezanya blh nak tawar menawar kat shopping mall. Kot korang beli borong tu ada harapan la murah.
One link plaza
Baru nak gerak ke soliman restaurant..
Hari pun dah nak gelap. ingat kami nak pergi tapau makan dan balik hotel je untuk solat. dalam dok cari2 tu.. kami terserempak dengan pasangan suami isteri dari malaysia ni. sebenarnya sepanjang dalam one link plaza tadi mmg ramai yang kami jumpa. dari johor, rawang, perak, penang, negeri sembilan. maybe tempat ni selamat.. so tak takut nak kesini.
pasangan suami isteri ni nak ke shenzen... diorang suggest bonda makan dekat Soliman Restaurant. Sebab apa? Sebab dia kata sana boleh terus solat dan kalau nak naik pearls river cruise depan tu je. Sebenarnya bonda memang fikir jugak nak naik pearl river cruise ni. ikut itinari yang bonda buat.. sepatutnya bonda ke sana DAY 2. cuma tak sempat nak kesana.
Kami tak naik train pun ke sana.. jalan kaki je.. jauh la jugak. tapi bila lagi kan.. sakit kaki pun kita seret.. hahahha 🤣🤣.
dari one link plaza.. bonda ikut je arah ke yide lu station. kalau korang keluar je dari bangunan one link plaza tu.. korang ikut je kiri.. jangan patah balik ke haizhu square station pulak.
Kalau ada yang nak adventure jalan kaki macam bonda ni.. Boleh ikut step dibawah :-
Mula-mula jumpa bangunan ni.. (sebelah one link plaza)
Kat bangunan tu..nanti korang akan jumpa kedai jual2 kacang, kurma dan barang2 kering. apa lagi singgah pulak kejap.. hehehe.. beli kudap2 katanya.
Akan jumpa ni.. Kat deretan kedai ni.. Ada juga halal food.
Selepas melepasi metro yide lu station.. Korang jalan terus lagi.. Sampai jumpa bangunan ni.. Ala2 maroon mcm tu.
Kalau dah jumpa bangunan macam maroon tu.. Cuba toleh kiri. Nampak bangunan ni. Masuk ikut simpang tu. ala.. yang kereta hitam nak masuk tu.. ha masuk situ.
Jalan terus sampai jumpa kedai buah ini..
Berhadapan kedai buah tu ada seven E..
Terus ikut lorong tu.. Lorong nya macam kecik sikit tau.
Soliman restaurant dekat deretan kedai ni.. Korang usha la hujung2 sana tu.. Ada beberapa lagi restoran halal kat deretan ni..
jauh jugak jalan.. Senang cerita, dari one link plaza.. Korang terus je sampai jumpa bangunan maroon tu. tapi sebab malam.. so kedai dah banyak yang tutup sepanjang nak ke soliman restaurant..frust kejap.. tu la sapa suruh duduk kat one link plaza berjam jam kan..
3. Halal Food - SOLIMAN RESTAURANT
Sedap gila makan kat sini. Diorg guna beras jati. Sebelum ni jumpa nasi ala-ala macam melekit sikit. kat sini memang selera sungguh. Orang kata selera tekak bonda la..
Ikan bakar yang bonda rasa mmg sedap. Sampai siap tapau nak ceritanya.
Yang puas hati nya kat sini.. Friendly muslim. 😁😁.. Toilet ada paip air.. Siap sediakan tempat solat..
Biar gambar berbicara
Siap sediakan charger hp
Ruangan solat dan toilet di tingkat atas
Kalau tak nak explore race macam bonda.. Untuk ke soliman boleh la turun dekat Metro terhampir.
Metro : cultural park station
4. Pearl river cruise
Last tempat bonda pergi hari ni.. naik kapal.. Hehehe... Best..Cantik betul pemandangan dengan lampu2 sepanjang perjalanan. Meriah kaw.. Ikutkan dah cancel naik kapal2 nih.. tapi sebab perut pun dah kenyang, sembayang pun sudah.. hmmm merayau lagi.. hahhahah.
Ada banyak feri yang digunakan. Harga tiket pun lain2.. Yang best naik feri 3 tingkat.. Tiket dalam rmb90..
Boat ni semua ada schedule. Kami sampai ni dah agak lewat jugak. Kalau nak naik feri 3 tingkat tu.. Kena tunggu last trip. Lewat jugak.. Dalam pukul 10.30pm. Bila fikir2.. So kami naik je feri yang ada.. Kami ambik feri 2 tingkat. Harga rmb 50 seorang.
terkejut kaw.. tibe ada cina ni tergur kitorang dalam bahasa melayu.. ohhhh ok dari penang.. hehhe
Siap bagi air mineral dan biskut. Tapi tak makan sebab was2 kehalalan toyyiban nya.. 😂
Sibuk tangkap gambar..
Layan view..mmg cantik
menara conton
Keluar dari feri.. Tdo dah hero bonda. si puteri kakak dah meragam ha.. ngantuk + penat. duduk je pun penat tau.. penat tak dapat melompat.. hihihih
ok.. jumpa next entry ...
No comments:
Post a Comment